Pengemis teringin membeli roti tetapi dihalau pekerja kedai. Pemilik kedai roti bingkas melayaninya dengan hormat lalu membuat cucu berasa hairan….

Pengemis teringin membeli roti tetapi dihalau pekerja kedai. Pemilik kedai roti bingkas melayaninya dengan hormat lalu membuat cucu berasa hairan….

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Baca Juga


Di hadapan pintu sebuah kedai roti yang berkembang maju, berdiri seorang pengemis yang kotor dan berbau. Para pelanggan yang sedang berbaris berasa jijik dan memandang dengan hina kepada pengemis ini.

Seorang pekerja telah menjerit kepadanya dan berkata, “Pergi dari sini, mengemis di tempat lain!”

Pengemis itu mengeluarkan beberapa duit kertas lusuh dan menunjukkan kepada pekerja tersebut sambil berkata, “Tolong, saya mahu membeli beberapa ketul roti dan yang termurah.”

Tiba-tiba, datang pemilik kedai roti itu berjalan di hadapan pengemis tersebut dengan satu kotak roti yang baru dimasak lalu memberikan kepadanya sambil menunduk hormat dan berkata, “Terima kasih kerana berurusan dengan kami. Sila datang lagi!”

Pengemis itu berasa sangat terharu dan pergi dengan perasaan gembira kerana itu adalah kali pertama dia dilayan seperti pelanggan.

Cucu kepada pemilik kedai roti ini berasa hairan dan tidak memahami tindakan datuknya lalu bertanya, “Datuk, mengapa datuk melayani pengemis itu dengan begitu istimewa dan hormat sekali?”
Pemilik kedai roti tersebut menjelaskan, “Lelaki itu mungkin seorang pengemis tetapi pada hari ini dia adalah pelanggan datuk! Dia mahu merasai roti yang baru dimasak dan mengambil masa yang lama meminta sedekah. Kehidupannya amat sukar, jadi datuk secara peribadi melayannya, jika tidak datuk akan mengecewakan percubaan dan usahanya untuk merasai roti dengan menjadi pelanggan di kedai roti ini! “

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Related Posts

Pengemis teringin membeli roti tetapi dihalau pekerja kedai. Pemilik kedai roti bingkas melayaninya dengan hormat lalu membuat cucu berasa hairan….
4/ 5
Oleh