Pengemis teringin membeli roti tetapi dihalau pekerja kedai. Pemilik kedai roti bingkas melayaninya dengan hormat lalu membuat cucu berasa hairan….

Pengemis teringin membeli roti tetapi dihalau pekerja kedai. Pemilik kedai roti bingkas melayaninya dengan hormat lalu membuat cucu berasa hairan….

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Baca Juga


Kemudian cucu pemilik kedai roti ini bertanya lagi, “Jadi, kenapa datuk mengambil duit pengemis itu?”

Pemilik kedai roti ini menjawab, “Hari ini, pengemis itu datang sebagai pelanggan dan bukan sebagai pengemis yang datang meminta makanan, jadi kita mesti hormat kepadanya. Jika kita tidak mengambil wangnya, bukankah itu bermakna kita tidak menghormatinya? Kita mesti sentiasa ingat untuk menghormati setiap pelanggan yang datang dan membayar. Mereka menyumbang kepada perniagaan kita dengan menjadi pelanggan yang setia.” Cucu pemilik kedai roti ini akhirnya mengangguk faham akan segala penjelasan datuknya.


Pemilik kedai roti yang dimaksudkan dalam kisah ini ialah datuk kepada Yoshiaki Tsutomi. Yoshiaki Tsutomi ialah seorang ahli perniagaan legenda yang berjaya di Jepun. Beliau pernah menjadi antara individu terkaya di dunia dan muncul menjadi muka depan majalah ‘Forbes’ sebanyak dua kali.

Datuk Yoshiaki Tsutomi merupakan idola yang telah mencorakkan dirinya menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Yoshiaki Tsutomi berkata, kisah pengemis itu sentiasa menjadi kisah memori dan pengajaran dari datuknya yang beliau tidak pernah lupakan di sepanjang kehidupannya.

Sehingga kini, Yoshiaki sentiasa mengingati kisah ini dengan gerak-geri dan perkataan yang diucapkan oleh datuknya kepada pengemis tersebut. Yoshiaki sentiasa menceritakan kisah ini semasa beliau mengadakan mesyuarat dengan para pekerjanya, supaya mereka juga akan bersikap seperti datuknya yang melayan setiap pelanggan dengan penuh rasa hormat.


Kita perlu membayangkan yang cara ‘hormat’ ini bukan sesuatu yang dibuat-buat tetapi mesti datang dari hati yang akan membuat setiap pelanggan merasai kejujuran dari rasa hormat yang ditunjukkan.

Para pelanggan akan merasai layanan yang diberikan oleh kita dan menghargai ketulusan serta rasa hormat yang diberikan kepada mereka. Rasa hormat mestilah diberikan secara adil dan saksama kepada setiap pelanggan tanpa mengira apa pun status mereka.

Tiada diskriminasi kepada semua pelanggan yang berurusan dengan kita. Dengan itu, kita akan diberi ganjaran dan balasan kesetiaan yang sangat mudah dan asli dari para pelanggan.

Menghormati satu sama lain adalah satu keperluan yang paling asas di dalam kehidupan. Setiap orang perlu menghormati satu sama lain. Sesiapa yang menyayangi orang lain, maka orang lain juga akan menyayanginya, dan sesiapa yang menghormati orang lain, maka orang lain juga akan menghormatinya.

Anda perlu membuka minda dan perasaan serta melayan orang lain dengan adil dan saksama. Sama ada anda suka atau tidak, sama ada dia kawan atau lawan, kita perlu melayani setiap orang secara adil dan menghormati mereka. Jika anda dapat berbuat begitu, ia akan memberi manfaat buat semua.



Sumber : Era Baru
src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Related Posts

Pengemis teringin membeli roti tetapi dihalau pekerja kedai. Pemilik kedai roti bingkas melayaninya dengan hormat lalu membuat cucu berasa hairan….
4/ 5
Oleh