FAKTA YANG ORANG TAK TAHU! Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? Dan Kenapa Bas Tidak Wajib Pakai Seatbelt?

FAKTA YANG ORANG TAK TAHU! Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? Dan Kenapa Bas Tidak Wajib Pakai Seatbelt?

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Baca Juga


Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik ke pusat pengajian ataupun menggunakan perkhidmatan bas ini untuk pulang ke kampung pastinya akan mengalami situasi di mana driver bas tidak mematikan enjin lebih-lebih lagi apbila berhenti di tempat R&R. Dan pastinya ramai yang tertanya-tanya mengapa tidak dimatikan enjin bas tersebut bukan?

Perkongsian kali ini dikongsikan sendiri dikongsikan Mat Kacau berdasarkan pengalaman sendiri Abang Zul kenapa lori, trailer atau bas jarang mematikan enjin kenderaan mereka.

Enjin diesel tidak akan panas walau berapa lama pun kita menjalankannya tanpa bergerak (idling) kecuali ada kebocoran tangki air ataupun minyak enjin tidak mencukupi.

Pernah lori yang dipandu tidak dimatikan enjinnya selama 2 minggu, kerana perjalanan tanpa henti pergi dan balik dari Kawasan Industri Kerteh, Terengganu ke Pelabuhan Klang.

Walaupun sewaktu berhenti samada untuk makan minum atau berehat mahupun tidur, abang lori ni tidak ragu-ragu untuk tidak mematikan enjin kerana berdasarkan pengalaman selama ini, enjin diesel (terutamanya jenis Turbo) amat sensitif jika enjinnya terlalu kerap dihidupkan dan dimatikan.

Malahan telah menjadi amalan pemandu lori selama ini, selepas enjin dihidupkan, pemandu lori akan menunggu sehingga tolok kepanasan (temperature gauge) mencapai tahap suhu bekerja (working temperature) baharulah abang mula bergerak. (kebiasaanya dalam lingkungan 80 darjah celcius).

Begitu juga sewaktu hendak mematikan enjin jenis turbo ini, memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit enjin melahu (idling) barulah dimatikan enjinnya. Enjin lori ni cc dia besar, silinder banyak, compression tinggi. kombine semua diatas, tentu-tentu enjinnya sgt ketat/berat utk startup/cranking. Setelah tolakcampurkalibahagi, tidak bijak utk cranking start lebih dari sekali/hari. Enjin yang ketat/berat memendekkan hayat starter motor.

Sistem brake dan klac lori-lori besar menggunakan tekanan angin, jika enjin dimatikan..tekanan angin dlm tabung akan berkurang atau habis..sebab itu mereka jarang matikan enjin..perlukan masa yang lama utk kompressor isikan angin ke dalam tabung(bergantung jenis lori)..selagi tekanan angin tidak penuh dalam tabung tu, selagi tu lori tidak boleh bergerak, sistem brake dan klac tidak berfungsi.kebanyakan lori-lori ni ber-engine diesel.

Engine diesel memerlukan heat yang banyak untuk berfungsi dengan baik. Engine diesel yang selalu dimatikan engine (cool off) dan di hidupkan semula (panas) dalam masa yang singkat akan membuat engine warp atau bengkok..itu sebab lori tak matikan engine kecuali tidak di gunakan dalam jangka yg panjang (melebihi seminggu) sebab takut engine jadi bengkok.

Bukan sebab susah start.. tapi pasal lori2/bus guna brek angin. jadi bile engine running, presure angin maintain. Jika diorg stop engine, presure angin akan berkurangan, jadi kena tunggu presure naik baru boleh jalan (kena tunggu 1/2jam) baru ok. kalau tak bahaya sebab takde brek..

SEPERTI kita sedia maklum, memakai tali pinggang keledar adalah diwajibkan bagi pemandu dan penumpang depan kereta. Malah turut menjadi syarat dalam ujian Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) bagi semua jenis kereta di Malaysia. Maksudnya, kereta yang tiada tali pinggang hampir pasti tidak dapat dijual di mana-mana negara.

Tetapi mengapa tidak bagi bas? Mengapa penumpang bas tidak dimestikan memakai tali pinggang keledar dan syarat VTA juga tidak mewajibkan bas dilengkapi ciri keselamatan tersebut? Kami akan menjawab persoalan ini.

1. TALI PINGGANG KELEDAR TIDAK JADIKAN BAS LEBIH SELAMAT
Bunyinya agak kelakar, tetapi itulah jawapan paling utama, sekurang-kurangnya bagi bas sekolah (berasaskan kajian yang menumpukan kepada bas sekolah). Faktanya, tali pinggang keledar tidak menjadikan sesebuah bas itu selamat.
Secara keseluruhan, bas itu sendiri adalah antara kenderaan atas darat paling selamat – 40 kali lebih selamat berbanding kereta. Malah, jumlah kematian membabitkan penumpang bas juga adalah paling rendah setiap tahun.

2. SUDAH SEDIA ADA KONSEP KESELAMATAN
Penyandar kerusi bas biasanya tinggi. Belakang kerusi sudah siap dilapik pad.
Bagi menjawab tentang isu keselamatan (kita fokuskan bas sekolah), kebanyakan bas sekolah dibina dengan mengaplikasi konsep dipanggil pemetakan atau compartmentalization, di mana barisan kerusi dalam bas sengaja diatur rapat satu sama lain, dan penyandar kerusi itu sendiri direka tinggi dengan bahagian belakang berlapik pad.

Apabila berlaku kemalangan secara berdepan, jarak kerusi yang sangat rapat dapat meminimumkan impak perlanggaran, manakala pad di belakang penyandar akan menyerap impak tersebut seperti fungsi awal penciptaan beg udara dahulu.

3. KETINGGIAN BAS JADI KELEBIHAN
Saiz bas yang besar dan tinggi juga memberikan kelebihan keselamatan apabila berlaku kemalangan dengan kenderaan lebih kecil. Misalnya, jika berlanggar dengan kereta, impak kerosakan yang berlaku biasanya di bawah lantai kerusi penumpang.
Jadi, risiko kecederaan dan maut untuk bas adalah lebih rendah berbanding kenderaan lain yang lebih kecil.

4. TETAPAN KESELAMATAN TIDAK SAMA IKUT JENIS BAS
bas-rapidkl-lantai-rendah interior-bas-rapidkl
Jika anda perasan, bas sekolah (jenis baru) dan bas ekspres biasanya memiliki kerusi dengan penyandar tinggi. Lantai kerusi turut direka lebih tinggi, di mana penumpang perlu mendaki tiga hingga empat anak tangga ke atas.

Sebaliknya, tetapan kerusi bagi bas dalam bandar tidak sama dan didatangkan dengan penyandar lebih rendah. Sesetengah penyandar cuma separas bahu. Lantai kerusi pula agak ke bawah bagi memudahkan warga emas dan golongan kurang upaya (OKU) menaiki bas.

Susunan kerusi lebih terbuka dan ada barisan penumpang yang akan duduk saling mengadap. Ini berbeza dengan bas sekolah dan bas ekspres yang direka secara selari (perhatikan bas RapidKL) dan semua penumpang mengadap sehala, iaitu ke depan sahaja. Tetapan keselamatan bas berbeza mengikut jenis bas itu sendiri. Bas ekspres lebih laju, dan bas sekolah pula membawa kanak-kanak, manakala bas dalam bandar ada had laju tertentu yang dibenarkan.

5. TALI PINGGANG KELEDAR NAIKKAN KOS
Ini antara alasan lain yang memang rasional difikirkan. Bayangkan sebuah bas dengan lebih 30 kerusi, berapa pula kos yang diperlukan untuk memasang tali pinggang keledar.

Bas yang lengkap dengan ciri keselamatan itu memerlukan anggaran kos tambahan kira-kira RM34,000 hingga RM65,000.
Siapa cakap tali pinggang keledar murah?

6. TIDAK DAPAT OPTIMUM RUANG
Jika tali pinggang keledar dipasang, sesebuah bas perlu mengurangkan jumlah kerusi, sekali gus memerlukan tambahan bas sebanyak 15 peratus untuk menampung jumlah penumpang sedia ada. Peningkatan tersebut tentulah sukar dihadapi di bandar-bandar sibuk yang berdepan masalah pengangkutan dan kesesakan.

7. TIDAK PRAKTIKAL UNTUK BAS DALAM BANDAR
penumpang-bas-berdiri-2 penumpang-bas-berdiri Männlicher Fahrgast in einem Bus
Penggunaan tali pinggang keledar sangat tidak praktikal bagi bas dalam bandar. Ini kerana penumpang yang menaiki bas dalam bandar ada pelbagai destinasi tujuan, dekat dan jauh. Ada penumpang yang menaiki bas untuk sampai ke lokasi yang cuma terletak beberapa ratus meter di hadapan.

Walaupun bas dalam bandar kurang selamat berdasarkan susun atur kerusi yang terbuka, faktanya, kelajuan bas dalam bandar adalah sangat perlahan. Sangat sedikit bas dalam bandar yang bergerak pada kelajuan lebih 60kmj. Ini bermakna kesan perlanggaran adalah sangat kecil bagi bas jenis itu.

Lagipun, tidak semua penumpang bas dalam bandar dapat atau mahu duduk di kerusi. Ada penumpang yang berdiri sepanjang perjalanan kerana jarak destinasi tidak jauh, ataupun memberi ruang kepada golongan kurang berkemampuan. Jadi, tiada banyak perbezaan sama ada sesebuah bas dalam bandar itu ada tali pinggang keledar atau sebaliknya.

KESIMPULAN
Walaupuan semua alasan di atas boleh diterima berasaskan peratusan risiko kemalangan, tetapi tidak dapat dinafikan penggunaan tali pinggang keledar mampu meningkatkan tahap keselamatan penumpang bas. Di Amerika Syarikat (AS) misalnya, enam negeri pada 2010 bersetuju menguatkuasakan syarat tali pinggang keledar bagi semua bas sekolah.

Di Malaysia sendiri pernah ada ura-ura supaya bas dipasang tali pinggang keledar, tetapi masih tiada rang undang-undang khas yang mewajibkan perkara tersebut. Bagaimanapun, banyak pengeluar bas ekspres masa kini sudah siap melengkapkan ciri tali pinggang keledar pada kenderaan masing-masing. Namun, penumpang pula yang enggan memakainya.

Apapun, jangan pula tidak tahu bahawa kerusi pemandu bas memang sudah siap dipasang tali pinggang keledar. Malah, banyak syarikat bas sudah mewajibkan pemandu mereka memakainya ketika memandu.


Sumber: MediaPenMerah.com via Katak Pisang

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Related Posts

FAKTA YANG ORANG TAK TAHU! Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? Dan Kenapa Bas Tidak Wajib Pakai Seatbelt?
4/ 5
Oleh