Kanak-kanak terselit dan berpaut di bawah bas selama 3 jam kerana mahu melepaskan rindu kepada ibu bapa

Kanak-kanak terselit dan berpaut di bawah bas selama 3 jam kerana mahu melepaskan rindu kepada ibu bapa

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Baca Juga


Kisah ini pasti akan menjadi salah sebuah kisah paling menyayat hati dan menyentuh perasaan yang pernah anda baca.

Kisah yang berlaku di wilayah Guangxi, China ini telah menggemparkan seluruh dunia apabila dua orang kanak-kanak yang berusia di bawah lapan tahun telah ditemui berpaut di bawah sebuah bas selama tiga jam!


Sebab mereka sanggup menggadai nyawa dengan berpaut di bahagian bawah bas ini sungguh menyedihkan.

Kedua-dua kanak-kanak ini yang tinggal di daerah Nazuo mengambil keputusan untuk berpaut di bawah bas semata-mata kerana ingin ke pusat bandar dan menemui ibu bapa mereka yang bekerja di sana.


Selepas bas berkenaan membuat perjalanan sejauh 80km, bas tersebut berhenti di sebuah stesen di daerah Xilin bagi melakukan pemeriksaan kenderaan. Alangkah terkejutnya seorang pekerja keselamatan apabila menemui dua kanak-kanak tersebut.

“Mereka sangat kurus sehingga mampu menyelit di bahagian bawah bas itu dan sanggup menggadai nyawa berpaut sepanjang perjalanan semata-mata rindu mahu menemui ibu bapa,” jelas pekerja berkenaan.


Malah, laporan mempercayai kedua sahabat ini tidak menghadiri sekolah pada hari berkenaan supaya mereka dapat mengejar bas. Perjalanan yang agak jauh turut menyebabkan kedua-duanya diselaputi lumpur dan debu kotor. Mereka kemudian dibersihkan dan diberikan makanan oleh pekerja berkenaan.

Setelah disiasat, kanak-kanak ini dilaporkan mengambil keputusan untuk ‘menumpang’ bas berkenaan yang membuat perjalanan dari Nazuo ke Baise setelah dimaklumkan oleh saudara-mara bahawa ibu bapa mereka bekerja di sana.

Tambah pekerja tersebut, “Sebenarnya ibu bapa mereka bekerja lebih jauh iaitu di wilayah Guangdong namun saudara-mara memberitahu mereka bekerja di Baise sekadar untuk menyedapkan hati mereka”.


Berita mengejutkan ini telah dimaklumkan kepada pihak sekolah dan seorang guru telah datang untuk menjemput mereka pulang ke rumah.

Menurut sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di China, dianggarkan terdapat lebih 23 juta kanak-kanak terpaksa ditinggalkan oleh ibu bapa mereka atas faktor kemiskinan. Ibu bapa ini akan keluar bekerja di bandar besar seperti Guangdong bagi menyara kehidupan keluarga.

Keadaan ini menimbulkan kegelisahan kepada aktivis dan NGO yang menekankan bahawa kanak-kanak tidak digalakkan untuk tinggal sendirian di rumah tanpa pengawasan daripada orang dewasa dan penjaga.

Diharap ibu bapa mereka akan segera kembali menemui anak-anak yang sangat dahagakan kasih sayang ini.

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Related Posts

Kanak-kanak terselit dan berpaut di bawah bas selama 3 jam kerana mahu melepaskan rindu kepada ibu bapa
4/ 5
Oleh