Nenek terjatuh dalam tandas dan tersalah menghubungi seorang lelaki. Namun, tindakan mulia lelaki ini menyebabkan seluruh masyarakat hormat padanya

Nenek terjatuh dalam tandas dan tersalah menghubungi seorang lelaki. Namun, tindakan mulia lelaki ini menyebabkan seluruh masyarakat hormat padanya

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Baca Juga


Penjual kereta seringkali dilabel sebagai individu yang tidak boleh dipercayai. Stereotaip ini telah wujud sejak sekian lama namun tidak dinafikan, masih terdapat segelintir penjual kereta yang melakukan tugasan dengan seikhlas hati.

Salah seorang daripadanya dikenali sebagai Dang Vuong.

Dang yang merupakan pengurus jualan di Stratstone BMW di barat laut United Kingdom tanpa disangka-sangka telah menjadi wira penyelamat bagi seorang wanita warga tua.

Pada satu hari Ahad, Dang telah menerima satu panggilan kecemasan daripada seorang warga emas yang telah tersilap mendail nombornya. Menyedari keadaan wanita berkenaan yang telah terjatuh di dalam bilik airnya, Dang tanpa berfikir panjang terus bergerak menuju ke rumah wanita terbabit.

Dikatakan wanita tua ini cuba untuk menghubungi anak perempuannya tetapi telah tersalah mendail nombor dan menghubungi Dang yang sedang bekerja pada waktu itu.

Jarak dari tempat kerja Dang dengan rumah wanita tersebut adalah lebih kurang 3 km. Jadi, Dang terus masuk ke dalam keretanya dan memandu ke arah rumah wanita tersebut.

“Naluri saya menyatakan bahawa saya perlu membantunya dan memastikan wanita ini selamat,” kata Dang kepada Today.com.


Sebaik sahaja Dang tiba, dia mendapati pintu rumah wanita tersebut tidak berkunci. Justeru, dia telah masuk ke dalam dan pergi ke tandas sebelum mendapati kawasan tersebut sudah ditenggelami air dan wanita berkenaan terbaring di atas lantai.

Dang turut mendapati muka wanita itu dipenuhi dengan darah dengan kesan luka pada bahagian mulutnya.

“Saya harus membantunya kerana tidak mungkin saya hanya akan duduk diam tanpa mencuba untuk menyelamatkannya. Jika dia adalah nenek saya, bayangkan perasaan saya jika dia dibiarkan sendirian”.

Dang kemudiannya membantu mencuci luka wanita tersebut dan meletakkannya di atas sofa serta membancuhkan secawan teh untuk wanita tua itu.

Ahli keluarga wanita ini kemudian dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan segera pulang ke rumah untuk melihat keadaannya. Cucu kepada wanita tersebut yang terharu dan bersyukur dengan pertolongan Dang kemudiannya memuatnaik satu pos di laman Facebook bagi menceritakan mengenai kebaikan Dang.


Setelah keluarga wanita tersebut tiba, Dang terus kembali bekerja dan tidak tahu-menahu mengenai sebaran berita mengenai pertolongan yang diberikannya kepada wanita itu.

Apabila sebuah akhbar tempatan membuat laporan mengenai tindakan mulia Dang, semakin ramai yang memuji dan menyanjunginya. Malah, ada satu restoran piza yang ingin memberikan piza secara percuma ke rumahnya sebagai penghargaan atas kebaikan yang dihulurkan olehnya.


Salah seorang bekas pekerja yang bernama Ian Wilson memaklumkan kepada Chronicle Live, “Saya pernah bekerja dengan Dang – seorang pemuda yang penyayang dan saya langsung tidak terkejut dengan berita ini. Tahniah kawan”.

Syabas kepada Dang kerana sanggup membantu orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan. Dunia sememangnya memerlukan lebih ramai insan seperti Dang.

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Related Posts

Nenek terjatuh dalam tandas dan tersalah menghubungi seorang lelaki. Namun, tindakan mulia lelaki ini menyebabkan seluruh masyarakat hormat padanya
4/ 5
Oleh