Polis dengan kekuatan luar biasa dilihat memegang van daripada terjatuh dari jambatan tinggi

Polis dengan kekuatan luar biasa dilihat memegang van daripada terjatuh dari jambatan tinggi

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Baca Juga


Zaman ini, kita sering disajikan dengan filem-filem fiksyen yang mempamerkan aksi adiwira-adiwira hebat dan memiliki kuasa yang luar biasa. Walaupun ianya cuma kisah fiksyen yang direka, tidak dinafikan adiwira juga wujud dalam dunia realiti.

Buktinya baru-baru ini, berlaku satu insiden membabitkan seorang anggota polis yang berani dan gagah perkasa telah menjadi wira dan menyelamatkan seseorang daripada terlibat dalam kematian yang tragis!

Menyebut kenyataan di dalam laporan, seorang anggota polis dilihat telah memegang tayar pada sebuah van sebagai langkah untuk mengelakkan kenderaan tersebut terjatuh daripada jambatan.

Dengan menggunakan kekuatan tangannya sahaja, anggota polis ini telah bertahan sementara pemandunya masih terperangkap di dalam van itu.

Pegawai polis yang dikenali sebagai PC Martin Willis telah menerangkan keseluruhan situasi tersebut menerusi akaun Twitter miliknya.

“Tiba di lokasi kejadian kemalangan di #A1M pagi ini dan berdepan dengan sebuah kenderaan yang berada di atas jambatan dan pemandunya terperangkap! Selepas berjaya memegang kenderaan ini untuk mengelakkan angin menggoyangkannya, saya tidak boleh gambarkan kelegaan apabila @WYFRS tiba di lokasi!”

Menurut Willis lagi, pemandu van berkenaan mungkin tidak menyedari tentang tahap bahaya yang sedang dia hadapi pada waktu itu.

“Saya rasa dia tidak sedar bahawa kenderaannya sedang tergantung di kawasan yang tinggi. Dia duduk dengan tenang dan sangat berani!”.


Setelah peristiwa ini menular di media sosial, tindakan berani PC Willis berjaya meraih perhatian daripada para netizen yang menganggap beliau sebagai seorang adiwira.

“Pegawai polis berhadapan dengan pelbagai perkara setiap hari, daripada kesihatan mental kepada kemalangan di jalan raya seperti ini. Jaga diri, tuan,” komen seorang netizen bernama Mr Singh di Twitter.

“Anda layak mendapat pingat untuk itu. Tahniah,” komen seorang lagi pengguna Twitter.


Sementara itu, rakan sekerja beliau turut sempat melontarkan pujian atas tindakan pantas dan berani yang dilakukan oleh PC Willis.

“Bagaimana anda mampu melakukan semua ini dan mengambil gambar? Kerja yang bagus. Terima kasih atas perkongsian”.

Selain menjadi terkenal dan menular di media sosial, kisah polis adiwira ini turut mencuri perhatian beberapa akhbar atas talian yang ternyata amat mengagumi beliau.

Keberanian, tanggungjawab serta amanah yang dipegangnya menjadikan PC Martin Willis sebagai seorang anggota polis yang disanjungi!

Sumber: Elite Readers

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Related Posts

Polis dengan kekuatan luar biasa dilihat memegang van daripada terjatuh dari jambatan tinggi
4/ 5
Oleh