Kejam! Bapa Tak Berhati Perut Pijak Anak Perempuan 2 Tahun di Tempat Awam

Kejam! Bapa Tak Berhati Perut Pijak Anak Perempuan 2 Tahun di Tempat Awam

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Baca Juga


Menerusi rakaman yang diambil daripada telefon pintar, seorang budak perempuan dilihat telah dipijak tubuhnya oleh seorang lelaki dewasa sambil disaksikan orang ramai. Suspek kemudian dengan kasarnya telah mengangkat budak tersebut bangun dan menampar pipi mangsa berkali-kali. Aduhai! 

Apabila ada orang awam bertanya kepada suspek akan tindakan kejamnya itu, dia selamba membalas, “tiada apa-apa yang berlaku”. Ciss tak ada apa-apa dia kata? 



Susulan daripada tular video tersebut, pihak berkuasa telah menahan suspek yang dikenali sebagai Zhang berusia 39 tahun. Hasil siasatan mendapati suspek ternyata ialah bapa kandung kepada mangsa yang didera itu!


Menurut pihak polis, mangsa yang telah didera itu kemudiannya dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan tiada kecederaan serius dilaporkan terjadi ke atas budak perempuan berkenaan.

Buat masa ini, mangsa telah diputuskan berada di bawah jagaan neneknya. Manakala bapanya yang tidak berhati perut itu pula akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

Apa punya perangailah bapa macam ni? Kalau pun anak nakal sangat, inikah cara yang terbaik untuk mendidik anak? Baru umur 2 tahun kot. Dah tampar, pijak bagai! Aduhai…


Sumber : dailymail
src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Related Posts

Kejam! Bapa Tak Berhati Perut Pijak Anak Perempuan 2 Tahun di Tempat Awam
4/ 5
Oleh