src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Baca Juga
The post Lelaki Ambil Risiko Pecah Cermin Kereta Guna Tangan Demi Selamatkan Mangsa Kemalangan appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.
Jarang ada orang yang sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan orang lain, apatah lagi sehingga tahap mencederakan diri sendiri. Namun, berbeza dengan lelaki ini yang sanggup menggadaikan keselamatan diri sendiri demi orang yang tidak dikenali.
Menurut Nextshark, seorang lelaki di China telah berjaya menyelamatkan dua orang mangsa kemalangan yang terperangkap di dalam kereta. Lelaki tersebut yang merupakan seorang askar telah mengambil risiko untuk memecahkan cermin kereta menggunakan tangannya!
Kemalangan kereta yang berlaku di daerah Hebei selatan China itu mengakibatkan sebuah kereta terbalik dan menyebabkan dua orang mangsa di dalamnya tidak dapat keluar daripada kereta tersebut. Berikutan kemalangan itu, asap dan petrol kereta yang bocor menjadikan keadaan lebih bahaya.
Sewaktu orang awam tiba di tempat kejadian, salah seorang daripada mereka adalah Ma Jun Dong, askar berusia 26 tahun yang terus mengambil tindakan pantas memecahkan cermin depan kereta menggunakan batu untuk menyelamatkan mangsa tersebut.
Sebaik sahaja terdapat retakan di cermin kereta berkenaan, Ma Jun Dong menggunakan tangannya untuk memecahkan cermin kereta tersebut dengan segera. Ma mengoyakkan cermin yang retak itu dengan sekuat hati sebelum menarik keluar mangsa kemalangan yang terperangkap di dalam kereta.
Rakaman Ma menyelamatkan mangsa kemalangan itu tular di laman sosial dan menerima reaksi positif ramai netizen. Rata-rata memuji Ma yang tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan pantas demi menyelamatkan mangsa walaupun sanggup mencederakan dirinya sendiri.
Lelaki Ambil Risiko Pecah Cermin Kereta Guna Tangan Demi Selamatkan Mangsa Kemalangan
4/
5
Oleh
Unknown





