Ketika orang lain bermain dengan kucing dan anjing, wanita ini memilih untuk bermain dengan buaya, sungguh berani!

Ketika orang lain bermain dengan kucing dan anjing, wanita ini memilih untuk bermain dengan buaya, sungguh berani!

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Baca Juga


Melihat orang bermain dengan haiwan kesayangan seperti kucing, anjing atau hamster adalah sesuatu yang normal. Tetapi melihat ada individu yang bermain dengan haiwan liar seperti buaya adalah sesuatu yang agak aneh atau lebih tepat sesuatu yang luar biasa. Tidak semua orang berani berhadapan dengan haiwan pemangsa yang sangat ganas ini.

Gabby Scampone dari Fort Lauderdale di Florida antara individu yang berani bukan sahaja berhadapan dengan buaya malah tidak takut-takut untuk bermain dengan spesies itu!

Walaupun dia sedar akan bahaya dan risiko yang dihadapi ketika berhadapan dengan buaya itu, dia tetap melakukan kerja-kerjanya…


Scampone berpindah ke Florida untuk menjaga buaya yang menerima ancaman di habitat mereka sendiri


Pecinta haiwan itu menjadi sukarelawan di Everglades Holiday Park, di mana dia juga melakukan persembahan harian dengan ‘bergelut’ dengan buaya di sana.

Wanita berusia 22 tahun itu menenggelamkan kesibukan kehidupan bandar untuk menjaga buaya di taman itu


Dia mengakui bahawa pekerjaannya sangat berisiko dan menakutkan, tetapi dia suka apa yang dia lakukan.

“Anda boleh kehilangan tangan anda, anda juga boleh kehilangan jari. Dia boleh merobek lengan anda kerana mereka bukan sebuah lawak jenaka. “

Di Everglades Holiday Park, Gabby popular di kalangan penonton ketika dia melakukan ‘persembahan’ dengan buaya


Walau bagaimanapun, dia juga menjadi bintang di media sosial ketika dia menyiarkan video dan gambarnya dengan buaya.

Dia mahu semua orang tahu bahawa buaya di situ tidak akan mengejar, membunuh atau memakannya


“Tetapi mereka tidak akan membunuh atau menyerang kamu tanpa sebab.”

Mereka dikenali sebagai ancaman kepada penduduk dan ternakan. Terutama mereka yang berada di kolam renang, padang golf dan tasik.

Tiada siapa yang mahu mereka kerana haiwan ini berisiko, jadi Gabby dan pasukannya menyelamatkan mereka


Dia mahu orang lain memahami bahawa buaya tidak berbahaya jika mereka tidak dikacau



Anda cukup berani untuk melihat Gabby bermain dengan buaya kesayangannya? Tonton video di bawah untuk menyaksikan sendiri keberanian wanita ini!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Related Posts

Ketika orang lain bermain dengan kucing dan anjing, wanita ini memilih untuk bermain dengan buaya, sungguh berani!
4/ 5
Oleh