Sheila Majid luah rasa kesal terhadap kos sara hidup yang semakin tinggi di Twitter

Sheila Majid luah rasa kesal terhadap kos sara hidup yang semakin tinggi di Twitter

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Baca Juga


Berikutan keadaan wang ringgit Malaysia yang lemah sementara kos sara hidup pula semakin meningkat, ramai rakyat yang mengeluh dan masing-masing meluahkan pendapat mereka di laman-laman sosial. Menariknya luahan perasaan itu turut dikongsikan oleh penyanyi tersohor negara Sheila Majid menerusi laman Twitternya pada 04 Disember lepas.

“Makanan semakin mahal, ringgit sudah lemah, kos sara hidup meningkat dan pekerjaan sukar didapati.

“Rakyat menjadi penat dan marah kerana terbeban dengan hutang yang bukan milik mereka.”


“Berhentilah memberi alasan dan menuding jari. Fokus untuk cari jalan penyelesaian supaya negara dapat mengembalikan era kegemilangan. Mengecewakan!” begitulah luahannya.

Status Twitternya sudah mencecah lebih 13,000 ‘retweet’ dan hampir 8000 ‘likes’. Rata-rata pengguna Twitter memberi komen terhadap status tersebut. Walaupun ada yang mempertikaikan kenyataan artis terkenal Malaysia itu namun ada yang menyokong tindakannya kerana turut prihatin terhadap masalah yang membelenggu rakyat negara ini.


“Kita perlukan suara ini daripada para selebriti. Jangan berdiam diri dan takut dengan ‘larangan’ dan bersuara kepada pemimpin,” kata salah seorang pengguna Twitter.

Sumber: Sinar Harian Online

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Related Posts

Sheila Majid luah rasa kesal terhadap kos sara hidup yang semakin tinggi di Twitter
4/ 5
Oleh