src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Baca Juga
Mungkin menjadi perkara yang amat malang apabila kita telah membelanjakan wang yang banyak untuk mempertahankan soal keselamatan di dalam rumah namun masih menemui kegagalan. Walaupun rumah telah dilengkapi kamera CCTV, pagar elektronik dengan sistem pengunci dan ciri keselamatan canggih, penggera keselamatan mahupun menggaji pengawal keselamatan, namun begitu ada juga sekumpulan pencuri atau perompak yang berjaya meloloskan diri.
Bagaimana pula, sekiranya pintu pagar yang menjadi benteng pertahanan utama bagi sesebuah rumah tidak berfungsi dengan baik? Adakah ia memberi kelebihan kepada para pencuri atau satu kelemahan kepada mereka?
Satu rakaman video dari CCTV sebuah rumah di Vietnam telah menjadi tular di Facebook apabila rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki yang tidak dikenali sedang cuba untuk memecahkan pintu pagar rumah tersebut yang besar dan berwarna putih.
Percubaan memecah masuk rumah itu mungkin akan memberi kesan dan beban yang meninggalkan pengajaran kepada lelaki ini untuk jangka masa yang lama.
Seorang pencuri sedang berusaha untuk memecah pintu pagar besi berwarna putih yang besar di Vietnam
Rakaman ini dimulakan dengan menunjukkan pintu pagar rumah tersebut yang besar dan berwarna putih dan dikunci dengan pengunci mangga. Seorang lelaki yang tidak dikenali dilihat telah datang ke pintu pagar tersebut sambil membawa tuil besi untuk memecah masuk rumah ini.
Pencuri licik ini kemudian cuba mencari jalan untuk menolak pagar ini bersama tuil besi dengan kakinya dari arah bawah tetapi telah gagal.
Pencuri ini cuba memecahkan pagar ini beberapa kali tetapi telah gagal lalu dia telah bertindak menolak dan menghentam pintu pagar tersebut dengan lebih kuat lagi. Cubaannya telah berjaya dan pintu pagar itu menjadi longgar dan hampir goyah. Peluang besar telah menanti dirinya yang disangka bernasib baik.
Tetapi, apabila pencuri ini mula sahaja untuk membuka pintu pagar tersebut, ia mulai jatuh dan rebah.
Apabila pencuri ini cuba membuka pintu pagar tersebut, insiden yang tidak disangka sudah berlaku, seakan tidak merestui niat jahatnya lalu telah menyebabkan dia berasa menyesal membuat keputusan untuk cuba memecah masuk rumah ini.
Pencuri ini tidak memikir yang dia mungkin akan ditangkap oleh tuan punya rumah atau di gigit dan diserang oleh anjing tuan rumah.
Atau yang paling tidak difikirkannya langsung, iaitu pintu pagar yang berat itu telah rebah lalu menghempap kepala dan keseluruhan badannya sehingga ke kakinya yang sangat berharga untuk memulakan pecutan larian mengejut.
Pagar itu dengan tidak semena telah rebah ke atas pencuri ini, lalu mengakibatkan kakinya mengalami kecederaan
Tiga unit dari pagar rumah tersebut telah jatuh dan rebah, menghempap ke badan dan kaki lelaki ini. Dengan panik, dia cuba untuk melarikan diri, dan mendapati kakinya telah patah. Apabila pencuri cemerkap ini cuba menarik dirinya dari pagar yang telah rebah tersebut, dia yang di dalam keadaan yang tercedera ini telah menggunakan tuil besi tadi sebagai tongkat lalu ‘membawa diri’ dari tempat kejadian.
Pencuri hebat yang telah berjaya melepaskan diri yang tercedera menggunakan tuil besi sebagai tongkat
Tuan rumah ini dilaporkan telah tiada di rumah ketika kejadian berlaku, tetapi anjingnya telah berjaya menakutkan pencuri itu lalu melarikan diri. Rumah ini terletak di bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam yang dirakamkan pada tahun 2016.
Pencuri cemerkap ternyata ‘hebat’ memecahkan pintu pagar rumah. Lihat apa yang berlaku kemudian lalu menggagalkan misinya….
4/
5
Oleh
Unknown