src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Baca Juga
Kadangkala ada di antara kita yang bekerja keras menyara keluarga tetapi masih gagal memberi kehidupan yang selesa kepada mereka dan akhirnya terpaksa memerlukan bantuan orang lain. Apabila seorang ibu menghadapi rintangan kehidupan yang sangat sukar, beliau mendapati masih ada cahaya menanti di akhir perjalanan yang gelap.
Angel Gaines dan empat orang anaknya tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap untuk berlindung. Mereka menemui beberapa tempat untuk tinggal yang berakhir dengan berpindah ke rumah perlindungan gelandangan.
Menurut Angel Gaines kepada CBS Chicago, “Saya dan anak-anak tinggal dari rumah ke rumah, tetapi gagal mencari rumah yang kekal dan selesa buat kami sekeluarga.”
Angel mahu memberikan kehidupan terbaik buat anak-anaknya. Usaha kerasnya mencari rumah yang kekal dan menyara kehidupan anak-anak disedari oleh Humble Design, sebuah pertubuhan tanpa keuntungan yang membantu keluarga gelandangan mendapatkan sebuah kediaman yang selesa sehingga mereka dapat keluar dan beralih daripada kehidupan di rumah perlindungan.
Para sukarelawan dari pertubuhan tersebut telah bertungkus lumus menyediakan sebuah pangsapuri dan melengkapkan ia dengan perabot dan hiasan dalaman termasuk meletakkan gambar keluarga tersebut di dinding rumah baru mereka.
Setelah rumah itu siap, mereka telah memberi kejutan kepada Angel dan anak-anaknya. Angel sekeluarga telah dibawa ke rumah baru ini dan mereka berasa sangat terkejut dengan pemberian tempat berlindung kekal yang cantik dan selesa itu.
Kristin Drutchas dari Humble Design menerangkan kepada Positive Chicago, “Kami bukan sekadar menyediakan kediaman yang selesa, tetapi menyediakan kasih sayang dan maruah buat keluarga ini.”
Kediaman baru ini bukan sahaja menyediakan tempat tinggal kekal kepada keluarga ini tetapi juga memberi ibu dan empat orang anak ini sebuah rumah yang cantik dan hebat.
Angel berkata, dengan adanya sebuah tempat tinggal yang kekal untuk berlindung, anak-anaknya tidak lagi berasa keliru dan kini mereka pasti akan pergi ke sekolah dengan gembira dan sudah mengetahui di mana tempat mereka akan pulang tanpa berasa bimbang.
Ujar Angel, “Kini mereka boleh ke sekolah atau ke pusat jagaan dengan penuh rasa yakin.”
Mengalami perasaan dapat keluar daripada kehidupan melarat dan gelandangan kepada satu kehidupan tetap dan pasti semestinya adalah satu pengalaman kehidupan yang mengagumkan.
Apabila ditanya bagaimana perasaan Angel ketika itu, katanya, “Saya tidak dapat menjelaskan perasaan ini. Saya berasa sangat gembira dan terharu… Rasanya seperti mahu menangis.”
Ibu kepada 4 orang anak bekerja keras menyara keluarga tetapi masih hidup gelandangan. Satu hari sekumpulan orang tidak dikenali memberi kejutan kepadanya….
4/
5
Oleh
Unknown




