Dilahirkan tanpa anggota badan sempurna dan ditinggalkan ibu kandung, siapa sangka remaja 18 tahun ini adalah penari hebat di pentas tarian

Dilahirkan tanpa anggota badan sempurna dan ditinggalkan ibu kandung, siapa sangka remaja 18 tahun ini adalah penari hebat di pentas tarian

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Baca Juga


Pada usia 2 hari, seorang bayi lelaki telah ditinggalkan ibu kandung sendiri dan kemudian diambil oleh keluarga angkat lalu menjadi sumber inspirasi kepada keluarga dan rakan-rakan. Bagi yang mengenalinya, mereka menjadikan remaja ini sebagai contoh kecekalan dan kegigihan golongan yang serba kekurangan tetapi mampu melakukan segala yang diingini tanpa memikirkan sebarang halangan.

Gabe Adams yang kini berusia 18 tahun dilahirkan di Brazil dengan ketiadaan kaki dan tangan lalu ditinggalkan oleh ibu kandung ketika berusia 2 hari. Pasangan suami isteri Janelle dan Ron Adams dari Utah, Amerika Syarikat telah mengambil Gabe menjadi anak angkat mereka dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang tanpa membezakan keadaannya dengan golongan normal yang lain.


Menurut Janelle kepada majalah People, “Apabila melihat bayi ini dengan ketiadaan tangan dan kaki di hospital, saya tidak dapat melupakannya dari fikiran saya walaupun telah berada jauh daripadanya.” Pasangan ini yang masing-masing berusia 58 tahun mempunyai 13 orang anak kandung yang telah dewasa.

Janelle Adams yang bekerja sebagai seorang penyambut tetamu berkata, “Sepanjang kehidupan Gabe, beliau mengalami pelbagai cabaran yang besar. Gabe mengambil masa setahun untuk belajar berjalan, tetapi beliau tidak pernah berputus asa dan patah semangat. Begitu juga apabila Gabe mahu menari, beliau terus mencuba dengan tekad sehingga berjaya .”


Tiada satu pun halangan dan kesusahan dapat menghentikan Gabe dari melakukan apa sahaja yang diingininya. Gabe Adams dilahirkan dengan sindrom Hanhart, satu penyakit ganjil dengan masalah kongenital yang menyebabkan bayi dilahirkan tanpa tangan dan kaki.
Walaupun fizikal Gabe Adams tidak sempurna seperti golongan normal yang lain, Gabe mampu melakukan segala pergerakan dan urusan tanpa bantuan orang lain. Gabe belajar berdikari untuk makan, menulis, menaiki dan menuruni tangga secara sendiri. Gabe juga boleh berenang dan melakukan terjunan dari papan terjun di kolam renang tanpa sebarang masalah.

Ketika Gabe berusia 12 tahun, beliau secara senyap telah mempelajari seni tarian dan kemudian berpeluang melakukan persembahan dalam pertandingan bakat di sekolah menengah rendah.

Ibunya Janelle berkata, “Sebaik sahaja persembahan Gabe berakhir, semua hadirin telah bangun dan bersorak sambil memberinya tepukan gemuruh.”


Gabe berkata, “Saya berasa sangat gembira. Dari persembahan itu, tarian menjadi cara saya mengekspresikan diri. Saya bertekad untuk terus mempelajari seni tarian dengan sedaya upaya saya.”

Gabe Adams menghabiskan masa selama beberapa jam setiap hari untuk latihan tarian ini sehingga dapat membuat persembahan di pentas.


Akhirnya, Gabe Adams dapat menyertai pasukan tarian sekolah tinggi bersama 28 gadis tari semasa separuh masa perlawanan bola keranjang berlangsung. Selepas selesai sahaja persembahan, semua hadirin yang berada di dalam gelanggang telah bersorak ceria dan kagum.


Menurut rakan pasukannya yang seusia, Tori Nybo , “Gabe memberi sumber inspirasi kepada kami semua. Apabila saya mengalami kesukaran untuk menari dan ditegur, saya melihat Gabe dan menyedari yang kita boleh melakukan apa sahaja yang diingini. Gabe memberi kekuatan kepada seluruh ahli pasukan. Gabe sangat merendah diri dan baik serta sentiasa belajar satu perkara penting di dalam hidup iaitu bagaimana untuk menjadi gembira.”


Bapa angkat Gabe, Ron Adams berkata, “Kami fikir kami akan menyelamatkan seseorang dan memberinya kehidupan yang sempurna, sebaliknya Gabe telah memberikan kami kehidupan. Gabe menyelamatkan kami dengan menjadi manusia yang lebih baik, bertoleransi serta sentiasa memberi inspirasi dan motivasi. Gabe selalu menolak dirinya ke hadapan dan menjadi terbaik dalam apa jua perkara yang mahu dilakukannya.”


Gabe sentiasa hidup berdikari dan tidak hanya bergantung dengan kerusi rodanya sambil berkata, “Saya sentiasa mahu menjadi lebih berguna daripada menjadi seseorang yang hanya duduk di kerusi roda.”

Gabe ingin memberi inspirasi kepada semua golongan masyarakat supaya dapat bertoleransi dengan orang lain terutama kepada golongan kelainan upaya sepertinya. Gabe telah muncul di dalam rancangan The Maury Show dengan memberi persembahan tarian bersama rakan-rakannya. Selepas itu , Gabe telah berkongsi pengalaman yang dialaminya kerana keadaan fizikalnya yang serba kekurangan.


Gabe berkata, “Kita semua adalah unik, istimewa dan semua dilahirkan seperti kanvas yang kosong. Kita semua mengalami pengalaman yang tersendiri didalam kehidupan dengan pelbagai keadaan yang berbeza dan terpulang kepada cara masing-masing mencorakkan diri. Jangan biarkan orang lain berkata, anda tidak boleh melakukan apa yang anda mahu lakukan.”


Ternyata, Gabe Adams menjadi contoh terbaik kepada semua bahawa walaupun keadaan dirinya serba kekurangan, beliau mampu mengatasi segala halangan dan cabaran kerana menanamkan kepada diri dengan usaha dan tekad untuk berjaya.

Maka, dengan keazaman serta kekuatan diri yang tinggi itu akan terus membawa Gabe Adams untuk melakukan apa sahaja yang diingininya.

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Related Posts

Dilahirkan tanpa anggota badan sempurna dan ditinggalkan ibu kandung, siapa sangka remaja 18 tahun ini adalah penari hebat di pentas tarian
4/ 5
Oleh