Budak lelaki 12 tahun mengumpul bahan kitar semula untuk dijual, dan sebabnya amat menyentuh hati

Budak lelaki 12 tahun mengumpul bahan kitar semula untuk dijual, dan sebabnya amat menyentuh hati

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Baca Juga


Cuaca agak panas di Nanyang, wilayah Henan, China. Dengan suhu mencapai 43.5 darjah celcius, tidak ramai yang boleh bertahan berada di luar rumah untuk jangka masa yang lama.

Tetapi bagi budak lelaki yang kurus ini sambil menggendong guni besarnya, akan turun ke bawah jambatan dengan niat untuk menggeledah sampah di sana. Sambil menggeledah, dia akan menjumpai botol dan tin yang akan dimasukkan ke dalam beg guninya.


Pada waktu ini, cuti sekolah musim panas sedang berjalan. Sepatutnya kanak-kanak sedang bergembira menghabiskan cuti persekolahan mereka, tetapi kanak-kanak lelaki ini sedang bekerja keras mengumpul sedikit wang dengan mengutip botol dan tin.

Dan alasan yang diberikan mengapa dia tidak menikmati cuti persekolahannya ialah kerana budak lelaki  ini akan dapat mengumpul wang dan membayar bil perubatan ibu tirinya.


Budak lelaki ini bernama Wangzhen yang berusia 12 tahun, telah ditinggalkan oleh ibunya ketika usianya baru mencecah 2 tahun. Bapanya yang bernama Wangman telah kehilangan tangan kanannya secara tidak sengaja apabila bekerja di tapak pembinaan.

Kini Wangman bekerja sebagai pekerja sementara dengan hanya cukup-cukup makan untuk menyara kehidupan sendiri. Sembilan tahun yang lalu, nenek Wangzhen telah meninggal dunia dengan meninggalkan hutang yang banyak dan Wangzhen bergantung harap dengan datuknya.

Tidak lama kemudian, ayahnya telah berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Liang Yingchun yang kemudian menjadi ibu tiri yang baik kepada kepada Wangzhen. Kehidupan tiga beranak ini sangat gembira dan bahagia untuk beberapa ketika tetapi tidak kekal lama…


Liang Yingchun telah jatuh sakit dengan penyakit kanser darah ‘cute lymphoblastic leukemia’ dan telah terlantar di hospital untuk menerima rawatan.

Walaupun Liang Yingchun hanya seorang ibu tiri, Wangzhen sangat sayangkannya. Setiap hari Wangzhen akan melawat ibu tirinya ini dan menjaganya seperti menjaga ibu sendiri.

Wangzhen menyuapkan makanan pada mulut ibu tirinya dan mengelap peluh apabila ibu tirinya berasa gelisah dan kesakitan. Wangzhen menjaga ibu tirinya dengan sebaik yang mungkin.

Pada tahun 2014, Wangzhen telah ditimpa kemalangan yang hampir  meragut nyawanya. Sebuah kereta telah melanggar Wangzhen di tepi jalan di hadapan rumahnya.

Kemalangan itu telah menyebabkan kecederaan teruk pada kaki kanan Wangzhen. Sehingga kini masih terdapat kesan parut luka kecederaan pada paha dan buku lalinya.


Dengan separuh hari bekerja mengutip bahan kitar semula, Wangzhen dapat mengumpul RM1.50 sehari.

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Related Posts

Budak lelaki 12 tahun mengumpul bahan kitar semula untuk dijual, dan sebabnya amat menyentuh hati
4/ 5
Oleh