Akibat dipukul ombak, kupang mendarat bagaikan pesta di Pantai Remis

Akibat dipukul ombak, kupang mendarat bagaikan pesta di Pantai Remis

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Baca Juga


Bagaikan pesta! Satu kejadian alam yang aneh berlaku di Pantai Remis, Kuala Selangor apabila kupang mendarat dan memenuhi persisiran pantai.

Penduduk tempatan dan pelancong tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena ini kerana menurut warga tempatan, kupang akan mendarat pada bulan September iaitu ketika bulan penuh sahaja.

Memetik laporan Harian Metro, Mohd Jauzi Mohd Radzuan berkata,“Ini kali pertama saya saksikan fenomena kupang mendarat di pantai,” kata beliau yang melancong bersama keluarga di sebuah resort.

Disebabkan jarak resort dan pantai tidak jauh, dia bersama keluarganya juga mengutip kupang tersebut bersama orang ramai.

Menurut beliau, orang ramai menggunakan jaring, sauk, dan guni bagi mengutip kupang-kupang tersebut.

Ahmad, salah seorang penduduk tempatan memberitahu, beliau berjaya memperolehi 20 kg kupang hasil kutipan ketika fenomena ini.

“Kemeriahan fenomena ini dianggap tepat pada masanya apatah lagi ketika musim cuti sekolah,” katanya.

Kupang atau lebih dikenali sebagai siput sedut ini sememangnya sejenis hidupan laut yang popular kerana keenakannya. Bukan sahaja di Malaysia, malah negara-negara Eropah turut meminati kupang dengan pelbagai hidangan yang istimewa.

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Related Posts

Akibat dipukul ombak, kupang mendarat bagaikan pesta di Pantai Remis
4/ 5
Oleh