Pasangan Suami Isteri Bersubahat Tipu Wang Umrah Warga Emas Bernilai RM40,000!

Pasangan Suami Isteri Bersubahat Tipu Wang Umrah Warga Emas Bernilai RM40,000!

src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Baca Juga


The post Pasangan Suami Isteri Bersubahat Tipu Wang Umrah Warga Emas Bernilai RM40,000! appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Menunaikan umrah atau haji adalah perkara yang diimpi-impikan oleh seluruh umat Islam. Ramai yang menunggu bertahun-tahun untuk mengumpul wang demi menjejakkan kaki ke tanah suci. Pun begitu, baru-baru ini sepasang suami isteri yang tidak berhati perut dilaporkan telah menipu hasil usaha keras orang lain dengan sewenang-wenangnya.

Menurut Utusan, sepasang suami isteri telah ditahan dan didakwa melakukan pecah amanah ke atas wang bernilai melebihi RM40,000 milik seorang lelaki bekas guru. Wang tersebut dikatakan telah dibayar oleh mangsa kepada pasangan suami isteri berkenaan dengan tujuan untuk mengerjakan ibadah umrah.


Mangsa warga emas berusia 62 tahun yang dikenali sebagai Ramli Hamid telah kerugian wang berjumlah RM40,380 selepas duitnya diseleweng oleh lelaki dikenali sebagai Mohd Pirus Yusof Khan, 47 tahun, yang bekerja sebagai seorang ejen di agensi pelancongan KRS Travel Sdn Bhd Cawangan Kuantan, lapor Harian Metro.

Isteri Pirus, Nur Sureena Intachat Abdullah yang berusia 43 tahun pula ditahan kerana dituduh bersubahat menipu wang warga emas berkenaan bersama suaminya di agensi pelancongan yang terletak di Jalan Bukit Sekilau itu.


Pasangan tersebut walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan atas tuduhan yang dikemukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fatimah Abu Bakar itu. Pirus didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi 20 tahun dengan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Sureena pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang turut memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun dengan sebatan, lapor Sinar Harian.


Ekoran pengakuan tidak bersalah kedua-dua suami isteri tersebut, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM15,000 setiap seorang. Pun begitu, jumlah itu dikurangkan kepada RM10,000 selepas mereka mengemukakan rayuan dengan alasan terpaksa menyara dua anak dan menjaga seorang adik kurang upaya.


Mahkamah menetapkan 9 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

Tak baik mempergunakan niat orang yang mahu kerjakan umrah demi kepentingan diri. Semoga Allah permudahkan urusan warga emas tu nak ke Tanah Suci.



src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">

Related Posts

Pasangan Suami Isteri Bersubahat Tipu Wang Umrah Warga Emas Bernilai RM40,000!
4/ 5
Oleh